Faizulzahrin Zakaria
Faizulzahrin Zakaria's Channel
 
 
Jigging : BORON & SENANGIN on light setup
1,833
Day 2 :: Jigging in Pekan, Pahang
1,146
Korg nk tengok aku main BOTTOM kan ??? Ep.1 MERSING
1,093
Setup Micro Jigging
980
Beribu ikan di LUCONIA | VLOG #386 Part 1
800
Fishing in Bagan Lalang - SUPERB!!!
753
 
Travelog
Luconia
Casting
IB Series
 
Jigging : BORON & SENANGIN on light setup
1,833
Day 2 :: Jigging in Pekan, Pahang
1,146
Korg nk tengok aku main BOTTOM kan ??? Ep.1 MERSING
1,093
Setup Micro Jigging
980
Beribu ikan di LUCONIA | VLOG #386 Part 1
800
Fishing in Bagan Lalang - SUPERB!!!
753
JIGGING | Bapakkk gangster TENGGIRI JARAK...
686
Jigging | Micro dan UL jigging di PULAU KENDI
673
Jigging di Tg. Karang... Osem...
5,400
Day 1 :: Jigging di Pekan, Pahang
5,133
Rompin ade IKAN ke??? STELLA MENJERIT...
4,800
Micro jigging in Paka :: 3 Mac 2019 :: Day 2
4,400
Bau LAUT... STELLA menjerit KAWWW...
4,333
Pengenalan kpd Micro Jigging :: JIG
4,266
MAGS PG in MIRI EP.1 :: Serius MIRI byk IKAN
4,200
Jigging | Mersing ADA IKAN Episod 1
4,200
Jigging | Tg. Karang ade BORON
4,133
ROD utk Light Jigging | Pengenalan kpd LIGHT JIGGING
4,133
 
Travelog
Luconia
Casting
IB Series
IB Series
Review
Candat
UL Jigging
Kayak Series
Live
Aquascape
Shorts
Daily Vlog
Bottom
MIRI 2019
Tutorial
Ultralight Fishing
Jigging
All videos
Favorites
 
Faizulzahrin Zakaria
Your channel viewers will see links here, including "subscribe" and "add as friend".
Profile
 
Name
Faizulzahrin Zakaria
Description
This channel is dedicated on what's happening around my daily life... Fishing, cycling, motorcycle riding and racing, outdoors activities and so on... So, bear with me... i can be contacted at faizulzahrin@gmail.com.
Subscribers
66.7K
Subscriptions
Recent Activity  
Faizulzahrin Zakaria Alhamdulillah, 2 hari ke belakang ini saya dah setel arrangement utk bbrp perkara. 𝟏. 𝐁𝐚𝐣𝐮 Utk baju, kini dalam proses pembikinan. Jersey style. 2 warna pilihan - hitam dan putih. Utk yg ini saya berkolaborasi dgn satu brand tempatan bernama Mastaw Perfomance Apparel. Insha Allah jika ada rezeki saya, kolaborasi ini akan dipanjangkan hingga ke hujung thn hadapan. Kita tengok apa yg Allah sediakan utk kami. Harapan saya till jannah. Baju ni pun insha Allah x lama lagi akan mula berada di pasaran. Sikiiiiittt je lagi. Harap bersabar ya kawan² 𝟐. 𝐑𝐨𝐝 Saya pernah share berkenaan hal ini dahulu. Ianya adalah kolaborasi antara saya dan BZ Craft Custom Rod. Ini bagi memenuhi segmen utk angler yg takut bini. Maka kami nk bikinlah satu rod yg kalau korg nk kuo mancing tu, xde la nampak mcm nk gi mancing terutamanya bila korg lakonkan dgn pakaian pejabat - berkemeja pink lengan panjang, berseluar GQ kaler grey, dgn tali pinggang kulit burung kawasaki, berstokin polkadot dan berkasut sampan. Cume saya nk bgtau, rod ni bukan saya yg tune. Sbg angler, sy bagi spec dan feel yg saya mahu dan saya biarkan custom rod makers ini buat kerja mrk. Saya sendiri x pernah bikin rod, cemane nk jadik tuner kan. Ini adalah work in progress. Sudah menjalani bbrp proses prototype V1 - testing - feedback - penambahbaikan - prototype V2 dan repeat semula proses di atas. Sudah menghampiri fasa akhir. Bila lagi kan korg nk merasa telescopic custom. Masanya sampai nnt saya akan reveal spec dan game focus utk telescopic custom rod ni. Buat masa ini, sy hanya akan reveal yg ia datang dalam spinning type dan bc type. Cukup update utk hari ini. Kita jumpa mlm nnt pulak ya. Tgh edit video utk hiburan anda mlm ini. 🙌 🫶 🙏 (3 weeks ago)
 
 
Faizulzahrin Zakaria 𝗝𝗴𝗻𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗲𝗻𝗴 𝘀𝗴𝘁 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝘂... Saya, sebagai individu yang memang masuk, beli dan jual barang pancing Jepun, nak jelaskan realiti yang orang luar mungkin tak nampak. Disclaimer: Ingat! Ini pandangan peribadi saya dari pemerhatian yg saya buat sepanjang saya berada di sana atas peluang dan kepercayaan yg MHT Tackle Resources berikan kpd saya. Baru² ini saya ada up satu content video terbaru di Youtube Channel saya. Pautan video tersebut adalah https://youtu.be/8wUqv50gVHQ Jadi ada satu komen “𝑲𝒍𝒖 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒂𝒎𝒃𝒊𝒌 𝒈𝒂𝒎𝒃𝒂𝒓 𝒅𝒍𝒎 𝒌𝒆𝒅𝒂𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒄𝒎 𝒎𝒂𝒏𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒅𝒂𝒉 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒓𝒑𝒂..? 𝒀𝒈 𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒃𝒂𝒓𝒏𝒈 𝒑𝒂𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒋𝒂𝒑𝒂𝒏 𝒙𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒄𝒂𝒓𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒂.” Tiada sebarang edit. Tiada sebarang penambah rencah bagi menghangatkan suasana. Ini komen sebenar yg saya copy paste seketul². Mungkin dia jual brg pancing dari Jepun juga. Atau mungkin dia mahu back up kawan² dia yg jual brg pancing dari Jepun. Bagus brader ni. Baik. Mari kita bincangkan secara ilmiah, secara dewasa yg menggunakan akal kita. Sekarang saya akan ubah gaya penulisan saya dari santai kpd kuliah style. Put your thinking cap on. 𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐡. Sekarang orang boleh Google, tengok marketplace Jepun, tengok harga retail - jadi transparency memang jauh lebih tinggi. 𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐞𝐝𝐮𝐜𝐚𝐭𝐞𝐝 Angler tak semestinya nak percaya bulat-bulat pada seller. Mereka nak tahu harga sebenar, spesifikasi dan beza antara model. 𝐒𝐞𝐥𝐥𝐞𝐫 𝐤𝐞𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞 Kalau sekadar “ambil barang → letak harga → jual”, memang susah nak compete secara fizikal mahupun maya. Seller kena ada knowledge, after-sales service, warranty handling, recommendation dan sebagainya. Jadi brader, di zaman maklumat di hujung jari ni, saya nk tanya, awak mmg x tahu ke harga brg pancing di Jepun? Ini soalan serius. Bukan menyindir. Be positive. Masalah utama komen ni ialah dia anggap harga barang = satu-satunya nilai dalam bisnes. Jom kita bincang lagi. Kalau harga retail sebuah reel di Jepun RM3,000, bukan bermaksud seller Malaysia boleh jual RM3,000. Ada shipping, exchange rate, customs clearance, tax, kos perjalanan/import, payment fee, risiko stok, warranty, storage, staff, rental, electricity, petrol, tol, platform fee, dead stock dan paling penting — margin untuk terus hidup sebagai business. Saya ambil kos perjalanan. Awak tengok dalam video tu, kami berkelana dari Osaka – Okayama – Kochi – Ehime – Fukuyama – Hiroshima – Shimane – Tottori – Kyoto dan kembali ke Osaka (part balik semula ke Osaka ni dlm next video), rasa² kereta yg kami naiki tu Kerajaan Jepun bagi kami isi minyak percuma? Tol percuma? Camping percuma? Makan minum sepanjang perjalanan percuma? Ingat, saya bukan bash awak. Tapi saya nak ajak awak berfikir. Ini baru perjalanan di Selatan Jepun. Belum campur perjalanan kami naik hingga ke Utara Jepun. Jadi, cuba awak fikir; 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝑮𝒐𝒐𝒈𝒍𝒆 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂, 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝒌𝒆𝒅𝒂𝒊 𝒑𝒂𝒏𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒘𝒖𝒋𝒖𝒅? Sebab customer bukan hanya membeli barang. Mereka membeli convenience, knowledge, advice, service, trust dan after-sales support. Ini yg kami tawarkan kpd anda semua. 𝐊𝐨𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐠. Dan jangan lupa satu lagi reality; Barang Jepun yang murah di Jepun pun belum tentu murah untuk dibawa masuk dan dijual di Malaysia. Yang saya rasa paling bahaya ialah persepsi; “𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒔𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓 𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒍𝒆𝒃𝒊𝒉 𝒎𝒂𝒉𝒂𝒍 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑱𝒆𝒑𝒖𝒏, 𝒔𝒆𝒍𝒍𝒆𝒓 𝒎𝒆𝒏𝒊𝒑𝒖.” Itu sebenarnya tak tepat. 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐮𝐧𝐚𝐬𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐯𝐚𝐥𝐮𝐞 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 “𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐤𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐩𝐮𝐧”. Kalau seller mark-up RM500 (ini contoh) tapi bagi consultation, warranty handling, servicing, spare parts, accessibility dan support - itu satu model bisnes. Kalau seller mark-up RM1,500 tanpa value tambahan — itu pula cerita lain. Jadi kita boleh kritik harga, tetapi jangan terus pukul rata semua seller barang Jepun sebagai tak boleh cari makan. Berlaku adillah. Customer memang berhak compare harga, tetapi seller juga berhak cari makan. Kalau x faham juga, saya ringkaskan. ➡️Ya, sekarang harga memang mudah dicari. ➡️Ya, customer memang patut compare. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 ≠ 𝐤𝐨𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚. Seller bukan beli satu unit untuk diri sendiri - ada stock, modal tersangkut, risiko, overhead, warranty, after-sales support. Dan paling penting: seller juga perlu ada margin untuk terus berniaga. Saya nk bagi penekanan, tapi pandang dari sudut positif - “𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑱𝒆𝒑𝒖𝒏 𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊 𝐣𝐮𝐚𝐥 𝒊𝒌𝒖𝒕 𝒉𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑱𝒆𝒑𝒖𝒏, 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒑𝒂 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐱 𝒑𝒆𝒓𝒈𝒊 𝑱𝒆𝒑𝒖𝒏 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊?”. Kedengaran kasar. Tapi inilah realitinya. Sebagai customer / buyer, kalau seller letak harga tak munasabah, customer memang berhak tak beli. Semudah itu. Jadi itu serba sedikit penerangan dari saya sbg pembelajaran utk kita semua pada hari Ahad yg indah ini. Hadamkan. Utk abg ni, ini perkara biasa dalam perniagaan. Bukan sesuatu yg P&C. Dan utk anda semua, jadilah pembeli yg bijak. Saya pasti ada yg setuju dan ada yg tdk setuju. Komen kat bawah apa pandangan dan pendapat anda. Kita bincang elok². Andai ada terkasar bahasa, saya mohon ampun dan maaf. Jgn santau saya. Sikit² santau, sikit² santau... jibai (2 months ago)
 
 
Faizulzahrin Zakaria Bila di darat, ini antara game yg cukup saya minati - ultralight fishing. Tetapi zaman ini, game ultralight ini begitu kontroversi sekali. Pelbagai teori diutarakan dan yg selalu diperdebatkan: 1. UL max 6lb; dan satu lagi 2. UL max 8lb Perdebatan lain, UL dicipta di Jepun. Ada yg kata dicipta di US. Ada yg kata Shimano yg cipta. Dan bermcm2 lagi. Kemuncaknya thn 2019. Pada waktu ini, saya sbg seorg pencipta kandungan yg meminati game UL secara mendalam, sampai jadi takut utk membuat posting berkenaan UL. Ya betul… TAKUT. Kecaman berjemaah para netizen dlm angler universe ini boleh buat anda koyak. Kalau dikecam depan² ok juga. Agak rasa x puas hati, boleh dituam je muka. Ttp ini di alam maya. Pendekar keyboard dgn nick name mengalahkan Sang Asura dan Dewa Perang. Begitu kontroversi sekali. Dan semuanya hanya krn: 1. Persaingan utk menjual brg2 pancing utk game UL 2. Pergelutan utk tunjuk siapa terpaling UL. Ini pada pandangan dan pendapat peribadi saya sbg seseorg yg memerhati dari luar scene UL pada waktu itu. Persaingan tiba² timbul dgn begitu agresif sekali. Apa yg trending pada waktu itu? – UL GAME. Jadi ada brand yg betul² into it. Yg betul² passionate. Yg betul² ingin mengetengahkan game ini di mata rakyat Malaysia dan dunia. Dan ada yg sekadar menangguk di air keruh. Apa maksud menangguk di air keruh? UL tgh trending. Ini peluang utk buat duit. Jom ride the trend. Jadi ini the other side of the story. Ada yg ride trend ini dgn begitu hostile, begitu gung-ho sekali. Pelbagai statement dan fahaman di keluarkan tetapi kebanyakannya lebih menjurus kpd penjualan produk masing². Saya tdk mahu menyebut mana² brand, tetapi saya lebih kpd bercerita berkenaan apa yg berlaku pada waktu itu. Jika anda nk relatekan dgn brand², anda boleh tengok sendiri video² youtube - https://www.youtube.com/@faizulzahrin... saya pada waktu itu. Ada hampir 500 video perkongsian berkenaan game UL. Dari tasik, lombong, sungai, hingga ke laut. Saya berkarya dgn cara saya sendiri, dan komen yg toksik saya abaikan. Ini penting utk kesihatan mental saya. Jadi, apa yg berlaku dgn brand² yg ride the trend pada waktu itu? 1. Ada jenama yg mempunyai rod sedia ada dalam pasaran cthnya 4-8lb. Tanpa segan silu, rebatch blank yg sama dan instead of ada cop 4-8lb, tukar shj kpd 2-6lb. Rod di launch semula. Info disebarkan kpd semua hardcore followers. BOOM – sales masuk tanpa perlu nak R&D rod baru, tanpa perlu melalui fasa testing dari PROTOTYPE 0 sehingga PROTOTYPE X, tanpa perlu nk ada kos² lain selain order rod yg sama ttp dgn wajah baru. Blank yg sama, ubah kosmetik sikit, ubah cop – SETEL. 2. Point 1 dari segi brand. Point 2 ini pula lebih kpd individu yg menjual. Pada waktu itu, yg kuat adalah FB group memancing. Jadi bersepahlah posting jualan berkenaan produk² UL ini terutamanya rod. Spam status message tular dalam byk FB group memancing. Ada yg kekal dgn fahaman 4-8lb adalah UL. Bergaduhlah masa tu antara 2 school of thoughts ini. Satu CAMP 6lb. Satu lagi CAMP 8lb. 3. Point ketiga pula adalah yg ride utk nak nama. Utk popular. Utk dapat like dan komen yg byk di FB. 6lb atau 8lb, dia x peduli. Janji ikan besar, kasik UP. Ada juga perangai yg dpt ikan besar dgn setup lain, time ambil gambar, letak setup yg di anggap UL di sisi ikan, siapkan write-up sales pitch dan post. Ini 3 kategori yg boleh saya rumuskan berkenaan trend rider pada waktu itu. Saya hanya memerhati dan saya hanya terus berkarya dgn cara saya, dgn fahaman saya. Rujukan saya pada waktu itu adalah satu brand tempatan yg passionate enough utk mengetengahkan game UL ini dan seterusnya membawa kpd pemenuan sebuah buku berjudul 𝘼𝙪 𝙡é𝙜𝙚𝙧 – 𝙐𝙡𝙩𝙧𝙖-𝙡é𝙜𝙚𝙧. Jadi, pada waktu itu, saya yg hanya purely meminati game UL ini mula cuba memahami asal usul game ini. Ingatkan dicipta oleh org Jepun – X. Org US – X. Shimano – X. Sebaliknya dicipta di Perancis. Nama yang paling tepat ialah 𝘼𝙪 𝙡é𝙜𝙚𝙧 – 𝙐𝙡𝙩𝙧𝙖-𝙡é𝙜𝙚𝙧, dan ia bukan buku moden. Ia merupakan buku Perancis mengenai teknik memancing ringan/ultra-ringan yang diterbitkan pada 1946 oleh Sylvain Massé, melalui penerbit Flammarion, dalam koleksi La Terre, Chasse et Pêche. Rekod bibliografi menyatakan buku itu mempunyai 227 halaman dan ditulis dalam bahasa Perancis. Dan satu lagi fakta yg amat menarik adalah – hanya kaedah memancing UL ini mempunyai panduan lengkap yg dibukukan dan duduk dlm kategori penulisan klasik. Sementara buku² lain yg diterbitkan sbg panduan memancing bermula pada thn 1980-an hingga kini. Cth spt Angler's Guide to Jigs and Jigging yg diterbitkan pada thn 1982. Improve Your Lure Fishing – diterbitkan pada thn 2003 dan buku ini menceritakan ttg lure dan casting game. Dan lain² buku yg duduk dlm kategori penulisan MODEN AWAL dan MODEN. Korg minat ke nak tahu pasal sejarah UL game ini dari thn 1946 (saya pilih sbg titik mula sempena keluarnya buku Au léger – Ultra-léger) hingga kini. Apa perkembangan? Apa perubahan yg berlaku? Kalau minat nk tahu, korg komen dekat bawah ya. (3 months ago)
 
 
Faizulzahrin Zakaria Kat Jepun sekarang musim panas. Terpaksa la kami melepak bawah kipas beso ni. Udah sejuknya sampei ke tulang. Aje bajang. Asyik komplen je ye. Jgn nk komen bebyk kalu kamu nk mancen pun takut bini marah. Tuko je le hobi kamu tu yop (3 months ago)
 
 
Friends
Channel Comments
faizulzahrinzakaria (7 years ago)
Maklumat penting
wagiansegomeng9122 (6 years ago (edited))
Saye suke sangat tengok vidio abang ijoy ni mantap mantam salap dari riau indonesia.
JuLeeYasBaby (4 years ago)
sesi 7 eye mcm ni mmg the be bang ijoy antara gme kgmaran ni
abumohammadabdillahumar2188 (7 years ago (edited))
Pergh..trip best bro..terbaik arrhh..jerebu tak menjadi penghalang bagi angler².. nah jempol🏻🏻
wanpacak883 (7 years ago)
Alhamdulillah rezeki abang mantap, yesyes
amrazul7 (7 years ago)
Trip pecah tong..terbaik masta
rashidaizad2380 (6 years ago)
Alhamdulilah bang ,,maaf lmbt subscribe wlaupn dh berkali kali tgk vdeo abg tp blm support abg ,,tp xdi trjumpa vdeo abg citer psal abg khlngn kerja ,,dn skrng play vdeo ni tetiba terdetik hati sy untk subscibe chanel abg ,,sy suka cra abg brckp ,semoga maju jaya bang dn d limpahkn kurniaaNya dr yg maha Esa ,,amin
UciVlogs (6 years ago)
Padu teruk..segan nk ikot
PancingBrotherhood (6 years ago)
Terbaek Ijoi...walaupun aku tak pernah lagi jigging tp nampak syok gila...Blh cuba ni satu hari nanti...
shahdanakhirudin (7 years ago)
Set light pun dapat boron haha terbaik bang
hinfishing9342 (7 years ago)
ilmu bru.. geli2.. yeahhhhh
bacangsignature4203 (7 years ago)
shogun rod mantap... hasil padu... terbaik masta
acmacakaka (7 years ago)
padu bang ijoy...yeahhhhhh
capamfishing8806 (7 years ago)
Ijoii xprnah menghampakan..setiap kali vdeo dimuat naik msti best2...trbaik joii...yeahh
wanabiey4324 (7 years ago)
terbaik lar bang....bertambah lagi semangat.... banyak lagi skill abg...
aimstrikerr1428 (7 years ago)
Memang terbaik lah bro yeah puas hati ikan dia power2
mohdyunus6090 (7 years ago)
Lama tak komen..mantap bro trip kali ni..paduuu..goodjob
mawasrimba7973 (7 years ago)
Yey sentiasa folo punya..