27.432 meter
27.432 meter's Channel
 
 
 
 
 
27.432 meter
Your channel viewers will see links here, including "subscribe" and "add as friend".
Profile
 
Name
27.432 meter
Description
Semangat membara yang tiada batas

Langganan, pautan, sukaan di YouTube ≠ saranan

Allah menciptakan Adam (nenek moyang kepada seluruh keturunan manusia) dengan ketinggian enam puluh (60) hasta (27.432 meter). Kemudian Allah berkata: Pergilah (Wahai Nabi Allah Adam) dan ucapkanlah salam ke atas mereka di dalam kalangan para malaikat. Lalu dengarlah apa yang dijawab oleh mereka kepada kamu, itulah salam bagi kamu dan zuriatmu.

Maka (Nabi Allah Adam) mengucapkan:

“Assalamualaikum” lalu mereka (iaitu para malaikat Allah) menjawab : “Assalamualaika wa rahmatullah", mereka menambahinya : “warahmatullah”. Maka setiap yang masuk ke syurga adalah di dalam bentuk (Nabi Allah) Adam. Manusia sentiasa berkurangan (ketinggian mereka) semenjak penciptaannya sehingga sekarang.

Terjemahan Hadis Riwayat al-Bukhārī rujukan nombor 3326, ia juga telah diceritakan di dalam bab, tajuk, “خَلْقِ آدَمَ صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَذُرِّيَّتِهِ”, ia bermaksud "Penciptaan (Nabi Allah) Adam dan Keturunannya".
Subscribers
91
Subscriptions
Friends
Channel Comments
Muhammad_Syakir (1 year ago)
Di antara empat (4) mazhab iaitu aliran pemikiran utama Ahlussunnah Wal Jamaah umat Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Mazhab Imam Malik yang diasaskan oleh Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar dia adalah Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-Harith, mensasarkan untuk menjadi kuasa besar dunia yang sebenar-benarnya, dengan penekanan amat utama Imam Malik akan penguasaan ilmu Al-Qur'an, dimana Imam Malik apabila bercerita akan bulan Ramadhan, maka dia kata yang terjemahannya di dalam bahasa Melayu adalah “Ini bulan Al-Qur'an, bukan bulan Hadis”, walhal Imam Malik adalah juga merupakan Imam Hadis. Umat Islam di Malaysia yang berfahaman Mazhab Syafi'ie mungkin akan kata Imam Malik sesat sebab Imam Malik, seorang lelaki amat terkenal sejak dari kecil bertindik telinganya, Imam Malik, seorang lelaki pakai subang ditelinganya semasa membaca dan melafazkan ayat-ayat Al-Qur'an dengan semegah-megahnya. Budaya Pak Arab, juga Pak Afrika yang lelaki bertindik telinga mereka ini, memakai subang di telinga mereka ini adalah untuk merujuk bahawa mereka ini dari sebelah benua Afrika dan juga merujuk akan hukuman yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim ke atas Hajar, isteri kedua yang Nabi Allah Ibrahim setelah Nabi Allah Ibrahim menziarahi benua Afrika, hukuman yang Nabi Allah Ibrahim lakukan untuk cuba menyenangkan hati, perasaan tak puas hati isterinya yang pertama iaitu Sarah yang dapat tahu Nabi Allah Ibrahim telah kahwini Hajar dari Afrika. Nabi Allah Ibrahim telah menindik telinga Hajar, pakaikan ia subang sebagai hukuman Nabi Allah Ibrahim kepada Hajar untuk cuba menyenangkan hati Sarah, namun ia tetap masih tidak mencukupi maka terpaksa campak buang Hajar sejauh-jauhnya dari rumahnya iaitu ke tempat tanah kering kontang seperti tak ada apa-apa langsung disitu, dimana sekarang ini ia dikenali sebagai Makkah al-Mukarramah, tempat utama amal ibadat umat Islam semasa melakukan Ibadah Haji dan Korban. Isteri pertama Nabi Allah Ibrahim iaitu Sarah (שָׂרָה) adalah juga bermaksud "kuasa besar", di antara sebab kenapa Nabi Allah Ya'qub menggelar dirinya "Israel" atau "Israil", dimana kalau diterjemahkan maksud dia, "Israel" atau "Israil" ke dalam Bahasa Melayu, ia akan bermaksud "Kuasa Besar Allah", disebabkan akhiran "-el" atau "-Il" itu adalah singkatan kata yang bermaksud Allah. Contohnya macam Superman, nama sebenar dia adalah "Kal-El", dimana nama "Kal-El" mempunyai dua maksud utama, dan setiap satu boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Yahudi, Hebrew, bahasa Ivrit juga dipanggil bahasa Ifrit. Kal, atau קל, bermaksud "mudah" atau "ringan", namun di dalam Bahasa Yahudi atau Hebrew, bahasa Ivrit juga dipanggil bahasa Ifrit, Kal juga akan dibaca sebagai Kol, atau קול, yang bermaksud "suara". El di dalam bahasa Yahudi atau Hebrew, bahasa Ivrit juga dipanggil bahasa Ifrit, אל, bermaksud "Tuhan,", singkatan nama Allah, oleh itu nama Superman, di dalam nama asal dia Kal-El di dalam bahasa Yahudi, Hebrew, bahasa Ivrit juga dipanggil bahasa Ifrit, ialah קול-אל, yang secara umumnya diterjemahkan, bermaksud "suara Tuhan" atau "suara Allah". Untuk cuba mempermudahkan kefahaman dia akan kenapa Nabi Allah Ya'qub pakai nama dan menggelar akan dirinya "Israel" atau "Israil", יִשְׂרָאֵל, cara penulisan dia di dalam Bahasa Yahudi, atau Bahasa Hebrew, juga dipanggil Bahasa Ivrit, juga Bahasa Ifrit. Contohnya macam seorang itu, perempuan pakai nama Sofia atau juga ditulis Sophia, dari pengaruh Bahasa Yunani atau Greek, dengan cara tulisan dia, Σοφία, yang bermaksud "bijak", maka anaknya lelaki, sepertimana kes Nabi Allah Ya'qub menggelar akan dirinya "Israel" atau "Israil", יִשְׂרָאֵל, anak kepada Sofia ini pula pakai nama Sofi atau Sufi, yang juga bermaksud "bijak". Di dalam Bahasa Pak Turki dan Pak Arab, satu lagi cara tulisan dia iaitu Safiye dan Safiyya ,صفية , pula adalah bermaksud "suci". Dari idea ini datangnya perkataan falsafah, iaitu dari pengaruh kata "philosophy", yang merupakan gabungan kata Yunani, Greek φίλος (philos) yang bermaksud "kecintaan" dan σοφία (sophia) yang bermaksud "bijak", iaitu membawa maksud "kecintaan kepada kebijakan".
Muhammad_Syakir (2 years ago (edited))
Jika di dalam ayat 102, surah Al-Baqarah, kitab Al-Quran, diterangkan bahawa ilmu sihir, ilmu hitam pertama kali turun ke planet Bumi adalah di Babylon, sekarang ini berada di dalam negara Iraq. Di dalam Talmud Babylon, juga dipanggil Talmud Bavli, iaitu analisis dan kajian mendalam para cendekiawan puak Yahudi selama 300 tahun puak Yahudi hidup di Babylon. Talmud juga dipanggil Taurah Lisan atau Taurat Lisan yang merangkumi adat resam perundangan dan tafsiran yang mengikut tradisinya disampaikan secara lisan dari Gunung Sinai, dan tidak tertulis dalam Taurah. Mengikut Judaisme Rabai, Torah lisan, Taurat lisan, atau hukum-hakam lisan, atau tradisi lisan, תורה שבעל פה , "Torah she-be-al peh" disampaikan oleh Tuhan secara lisan kepada Nabi Allah Musa bersama-sama Taurat bertulis תורה שבכתב, "Torah she-bi-khtav". Selepas itu Taurat Lisan disampaikan secara lisan kepada rabai (para alim ulama' puak Yahudi) dari zaman ke zaman, sehinggalah dibukukan dan ditulis dalam תַּלְמוּד, Talmud.