Your channel viewers will see links here, including "subscribe" and "add as friend".
Profile
Name
Anis salsabila
Description
Saya mohon jasa baik anda semua.. Tolong like dan follow youtube channel saya terima kasih Aktiviti seharian suri rumah setiap hari
Subscribers
616
Subscriptions
Recent Activity
|
Anis salsabila
Buat sahabat-sahabat yang bertanya,
Di sini saya kongsikan resepi pes.
Boleh diubah suai ikut selera keluarga masing-masing. Yang suka pedas, boleh tambah lagi cilinya. Family saya tak suka pedas.. Jadi, saya kurangkan. Contoh nak buat sambal, cili kering tu saya rebus dan buang biji dulu sebelum kisar. Dan petua mak saya nak bg biji cili cepat hancur, masa kisar tu letak minyak masak sikit.
Boleh cuba satu resepi dulu.. kemudian, ambil 2 senduk pes masak untuk makan berbuka puasa. Yg selebihnya, masukkan dalam bekas dan simpan. Kan dah dapat 1 pes.. 😄
Alhamdulillah.. Esok cuba yg lain pulak..
Bila masak dari hati, kita kan rasa happy.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat mencuba 💞
Resepi pes ini diolah dari resepi asal.
Kredit :
Awien Ariff
Asrimah Bakri
Miya Aira
Bonda tercinta, Hapsah Abdullah
Sumber : Siti Aminah Muhamad Subrib
|
||
|
Anis salsabila
Al kisah kawan saya dtg beraya hari tu, dia ckp tea saya sedap! Dtg lagi. Tp malasnya nak buat renyah2. Tp meh sya share resepi tea sedap saya ni
Nak share cara msk air teh tarik kaw2..rsa mcm yg org buat jual tepi jln tu..lupa dh amik resepi kt mne..cuma gna 5bhn je yg dh sdia ad kt umah korg..lets check it out!
1. Air 500ml
2. Teh 4/5uncang (lg byk lg kaw)
3. Susu pekat (ikut tekak msing² nk mnis mne)
4. Susu cair stengah tin(nk lg lemak,buh je lbih)
5. 1sk esen vanila
Didihkan teh uncang,lpas tu buh susu pekat,susu cair&esen vanila..biarkn mndidih sketika,siap!
*kalo nk mnum ais,tgu sjuk dlu then tmbh je ais ketul🤗
Kredit: Rozana Mamat
|
||
|
Anis salsabila
Sedap betul rupanya. Senang pulak tu nak buatnya. Tak sangka anak-anak yang tak suka makan sayur, Bila buat macamni, makan dengan banyaknya. Mana yang anak tak suka makan sayur boleh cuba resepi ini.
Resepi :
1)cendawan enoki
2)kulit wantan
3)telur
4)tepung bestari
5)garam
6)air
Step :
1)balut cendawan enoki dengan kulit wantan. Gulung-gulung kan ia, basahkan sedikit hujung kulit wantan dengan air supaya ia melekat sempurna.
2)ulang proses sampai semua enoki habis. Kemudian letak tepi
3)letak garam dalam tepung bestari 1 sudu kecil.
4) celup cendawan enoki tadi dalam telur, kemudian golekkan cendawan enoki pada tepung bestari tadi.
5) ok boleh start menggoreng.
Selamat mencuba.
#resepisimple #sipembuatwaffle
|
||
|
Anis salsabila
Siakap 3 Rasa Ala Thai
Bahan-bahan:
* 1 ekor ikan siakap.
* 1 batang serai – dihiris nipis
* 1 biji bawang besar – dipotong dadu
* 3 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 inci halia – dicincang halus
* 1 biji cili merah
* 3 biji cili api
* 1/2 biji timun
* 1 biji tomato
* 1 potong nenas
* 4 helai daun limau purut
* Sedikit daun sup
Bahan sos:
* 3 sudu besar cili kering.
* 3 sudu besar sos cili.
* 2 sudu besar sos tomato.
* 2 sudu sos tiram.
* 2 sudu sos ikan
Cara-cara:
1. Lumur ikan dengan garam dulu kemudian bedakkan dengan tepung jagung. Tepung jagung buat ikan tu lagi rangup. Goreng. Pastikan minyak panas betul-betul sebelum menggoreng.
2. Sementara ikan digoreng, panaskan kuali sebelah dan tumis bawang putih, halia, bawang merah dan serai
3. Masukkan cili besar dan cili api. Lagi banyak cili api lagi padu. Saya letak sikit je sebab tak tahan pedas.
4. Masukkan 3 sudu cili kering. Biar sekejap bagi cili kering tu masak.
5. Masukkan sos cili, tomato dan tiram. Kacau sampai pecah minyak.
6. Masukkan 1 cawan air dan biar sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan sos ikan
7. Masukkan pula daun limau purut, timun, tomato dan nenas
8. Siap dan tuangkan ke atas ikan yang dah siap digoreng tadi
Selamat mencuba
Kredit: Liza Idris
#resepi #resepimenambatselera #ikan #siakap #ikansiakap #siakapgoreng #siakaptigarasa #tigarasa
|
||
Friends
Channel Comments
|
mohdiddin6063
(5 years ago)
Lain ni…
|
|
tvsmeranvloger
(4 years ago)
Jenguk sini moga kunjung teratak Sya juga nnti tk
|
|
momoshin5476
(3 years ago)
Mertua akak pun msk cara mcni... Brtmbah nasi dik..
|
|
charlesbonnyj
(3 years ago)
Waa.. Nampak sedap o.. Lapar nmpk o.. Hri ni lauk ikan masin sja.. Huhu
|
|
noneyyyyy721
(3 years ago)
Lidah lembuu bisa kak sygg
|
|
azizahsaad60
(4 years ago)
Salam kenalhttps://youtu.be/ABaI3sN4Jeo
|
Add comment






























