Your channel viewers will see links here, including "subscribe" and "add as friend".
Profile
Name
sahabat mukmin
Description
Subscribers
6.72K
Subscriptions
Recent Activity
|
sahabat mukmin
InsyaAllah maghrib semalam telah masuk hari jumaat. Kita sama2 habiskan amalan kita hari jumaat. Boleh usaha khatamkan surah al-kahfi antara maghrib semalam sehingga habis asar hari ini.
Dan juga selawat selepas solat asar. Selawat dan kaifiatnya boleh rujuk poster.
Moga Allah selamatkan kita semua dari fitnah dajjal. Amiin InsyaAllah 🤲🤲🤲
|
||
|
sahabat mukmin
Amalan menjauhkan diri dari musibah. Amal dan sampaikan. InsyaAllah
|
||
|
sahabat mukmin
Adakah boleh mengatakan Tangan itu adalah Tangan Allah tetapi tidak sama dengan makhluk?
Adakah benar salaf menetapkan makna bagi Yadd adalah tangan, Saq adalah betis, Isitiwa adalah bersemayam dan sebagainya bagi Allah SWT ?
Didalam memahami ayat sifat mutasybihat Allah, terdapat dua pendapat iaitu ulama mutaqaddim dan ulama mutaakhirin. Di sini kita bawakan kedua-dua pendapat ini mengikut fahaman dan manhaj didalam ASWJ.
Pendapat pertama: mutaqaddimin ahli sunnah wal jamaah ’’اَلتَّفْوِیْضُ مَعَ تَنْزِیْہِ اللّٰہِ تَعَالٰی عَنْ مُّشَابَھَۃِ الْمَخْلُوْقَاتِ ‘‘ yakni lafaz-lafaz ini merupakan sifat mutasyabihaat , makna lafaz mutasyabihaat itu kita tidak faham, jadi kita menyerahkan makna dan mafhumnya kepada Allah swt dengan I’tiqad bahawa memang sabit sifat يد, عين, ساق وغيره akan tetapi tidak sama dengan makhluk. Berkaitan dengan ini imam Abu Hanifah rh.a pernah berkata:
’’فَمَا ذَکَرَ اللّٰہُ فِی الْقُرْآنِ مِنْ ذِکْرِ الْوَجْہِ وَالْیَدِ وَالْعَیْنِ فَھُوَ لَہٗ صِفَاتٌ وَلَا یُقَالُ اِنَّ یَدَہٗ قُدْرَتُہٗ اَوْ نِعْمَتُہٗ لِاَنَّ فِیْہِ اِبْطَالَ الصِّفَۃِ وَھُوَ قَوْلُ اَھْلِ الْقَدْرِوَالْاِعْتِزَالِ وَلٰکِنْ یَدُہٗ صِفَتُہٗ بِلَا کَیْفٍ‘‘ (الفقہ الاکبر مع الشرح ص36، 37)
Terjemahan: “Apa yang Allah swt sebutkan di dalam al-Quran berkaitan “وجه, يد, عين” semua ini merupakan sifat-sifat Allah swt, dan tidak sepatutnya dikatakan “yad”Nya itu adalah “Qudrah” atau “nikmat” kerana ia boleh membatalkan sifatNya, ini merupakan perkataan ahli qadariyah dan muktazilah akan tetapi “yad”Nya itu adalah sifatNya yang tiada kaifiat”.
Pendapat kedua : Mutaakkhirin ahli sunnah wal jamaah mengatakan bahawa lafaz-lafaz ini merupakan sifaat mutasyaabihaat, maknanya yang hakiki hanya Allah swt sahaja yang tahu, kami mentakwilkan maknanya atas darjah “zan” bukan “yaqini”.
Faedah 1:
Di antara mutaqaddimin dan mutaakkhirin hanyalah “niza’ lafzi” sahaja kerana mutaqaddimin ahli sunnah wal jamaah tidak menerima takwil atas darjah yaqin, mutaakkhirin ahli sunnah wal jamah pula menerima takwil atas darjah “zan” bukan “yaqini”.
Faedah 2:
Mutaakkhirin mengambil jalan takwil ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan orang awam dari tergelincir ke dalam fitnah “tajsim” kerana ahli bdaah “mujassimah” telah memperdayakan orang awam melalui lafaz yang zahir lalu mensabitkan jisim pada Allah swt, Imam Ibnu Humam berkata:
’’ھٰذَا التَّاوِیْلُ لِھٰذِہِ الْاَلْفَاظِ لِمَا ذَکَرْنَا مِنْ صَرْفِ فَھْمِ الْعَامَّۃِ عَنِ الْجِسْمِیَّۃِ وَھُوَ یُمْکِنُ اَنْ یُّرَادَ وَلَا یُجْزَ مَ بِاِرَادَتِہٖ‘‘
(المسایرۃ مع المسامرۃ لابن الہمام ص 48الاصل الثامن)
(Takwil bagi lafaz-lafaz ini yang telah kami sebutkan adalah untuk menyelamatkan fahaman orang awam daripada menjisimkan (Allah swt), maksud (takwilan tadi) atas dasar kemungkinan bukan atas dasar “jazam” (yaqin).
Khulasah
Dari pendapat pertama dari ASWJ iaitu pendapat mutakaddimin ASWJ, boleh kita fahami bahawasanya sifat-sifat mutasybihat Allah seperti Yadd, Saq, istiwa dan sebagainya adalah benar dan sabit dengan Allah. Akan tetapi sifat-sifat tersebut tidak sama dengan makhluk dan tidak ditetapkan makna. Apabila ada yang mengatakan ‘Yadd sebagai tangan lalu dikatakan Yaddullah adalah tangan Allah tetapi tidak sama dengan makhluk.’ Ini adalah penerangan yang salah dan batil. Kerana apabila kita mengaitkan Allah dengan anggota, ini telah tasybihkan Allah dengan makhluk, tangan itu adalah anggota dan yang berhajat dengan anggota adalah makhluk. Sedangkan Allah suci dari anggota.
Begitu juga sifat mutasyabihat yang lain seperti Istiwa, Saq dan sebagainya. Tidak boleh kita kaitkan makna yang tasybihkan Allah dengan makhluk. Ulama mutaqaddimin mereka menyerahkan makna dan mafhum mutasyabihat kepada Allah SWT.
Perbezaan antara mutaqaddimin dan mutaakhirin (salaf dan khalaf) hanyalah dari sudut ‘lafzi’. Hakikat peganggan khalaf adalah tafiwidh, mengambil jalan takwil hanya untuk menyelamatkan umat dari jatuh kelembah tajsim. Apabila ada yang mengatakan salaf dan khalaf khilaf dalam sifat mutasyabihat, ini adalah dakwaan yang tidak betul. Kerana disisi Asyairah, mereka menerima kaedah tawidh dan juga takwil.
Apabila ada yang terkeliru dengan sifat ini, lalu didatangkan kaedah takwil agar tidak terjatuh ke lembah tajsim.
Moga sedikit penerangan ini dapat meluruskan fahaman kita berkenaan sifat Allah. Agar tidak terkait dengan sifat dan tasybih dengan makhluk.
Wallahualam,
Maulana Wan Tahir Al-Mazahiri
Presiden Pertubuhan Al-Mazahiri
10 Syawal 1441H | 02 Jun 2020
|
||
|
sahabat mukmin
MEMORANDUM
Tarikh : 16 April 2020
Kepada : YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yasin
Daripada : NGO-NGO Islam Malaysia (LAMPIRAN A)
YAB Tan Sri,
KEBIMBANGAN SITUASI SEMASA DALAM HAL EHWAL AGAMA ISLAM DI
MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Di sebalik ketidak stabilan politik, ekonomi, keselamatan dan kesihatan yang melanda
negara ada ketika ini, kami juga merasakan kebimbangan dari sudut pentadbiran hal ehwal
agama Islam yang berlaku dalam kerajaan pimpinan YAB Tan Sri.
3. Kami daripada *Nama Pertubuhan* bersama beberapa pertubuhan lain memohon agar
YAB Tan Sri dengan penuh bijaksana mengekang segala penularan fahaman asing yang tidak
bertepatan dengan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah (Asyairah-Maturidiah) dalam
institusi-institusi penting kerajaan di bawah pentadbiran YAB Tan Sri.
4. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah telah lama dianuti oleh masyarakat Islam di tanah
air ini sejak awal kemasukan Islam ke Nusantara lagi. Bahkan fahaman ini telah digazetkan
dalam Undang-Undang Tubuh Negeri di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu.
5. Kami berharap YAB Tan Sri turut sama dapat berkongsi rasa kebimbangan ini agar ia
tidak menjadi faktor kepada perpecahan dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya, Tuan Guru
Haji Muhammad Yassin merupakan salah seorang ulama yang berjuang mempertahankan
fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Negeri Johor suatu ketika dahulu.
Segala keprihatinan daripada pihak YAB Tan Sri didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian,
NGO-NGO Islam Malaysia
(Rujuk : Lampiran A)
|
||
Friends
Channel Comments
There are no comments for this user.
Add comment







































