Your channel viewers will see links here, including "subscribe" and "add as friend".
Profile
Name
RUNGUS SNIPER
Description
Channel ini menyajikan video berkaitan TUTORIAL MEMBUAT ALAT PEMANGGIL HAIWAN LIAR TRADISIONAL DAN MODEN, MEMPERKENALKAN PERALATAN MEMBURU TRADISIONAL, BERBAGI ILMU/TIPS/PANTANG LARANG MEMBURU, TEKNIK/TUTORIAL MEMASANG JERAT HAIWAN PEROSAK TANAMAN dan VLOG DALAM HUTAN/KEBUN, TUTORIAL MEMANGGIL HAIWAN LIAR dan CHANNEL ini TIDAK ADA VIDEO ADEGAN MELEPASKAN TEMBAKAN (HARAP MAKLUM). Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Channel ini🙏🙏🙏
Subscribers
8.05K
Subscriptions
Recent Activity
|
RUNGUS SNIPER
ETIKA DAN ADAT PEMBURU MOMOGUN RUNGUS
Berikut adalah etika pemburu berlesen di kalangan Momogun Rungus. Dengan menggunakan etika gabungan adat-resam tradisi Rungus maka tiada kemungkinan senjata api boleh tertembak manusia.
Dalam Adat Mogimpori iaitu memburu hidupan hutan mengikut fahaman adat Momogun Rungus, berikut adalah senarai etikanya:
1. Laluan memburu yang anda gunakan sebaiknya haruslah menjejaki laluan (solug) haiwan liar tersebut. Sebaiknya menurut adat menelusuri laluan haiwan liar semasa menyerang tanaman itu adalah sah untuk menghapuskan gangguan tanaman, dalam kes begini menurut hukum agama labus (hukum aki ligun), "manusia di benarkan memburu haiwan tersebut".
2. Kenal pasti apakah haiwan tersebut dari caranya menyerang tanaman.
3. Hanya menembak di "lolobuhon" (tempat khas berkubang haiwan di hutan)
4. Elak gunakan senjata di kawasan "kavalazan" (village/kejiranan/housing area), tidak boleh sebab ini adalah berat hukumnya.
5. Jika terserempak dengan pergerakan hidupan di tengah jalan, di larang menembak sebab tidak pasti sama ada itu adalah haiwan atau orang, lagipun peraturannya hanya menembak di "lolobuhon".
6. Hanya menembak di jarak "bersemuka dengan haiwan" jika terserempak di jalan. Kes begini biasanya gerombolan haiwan (bhahanan).
7. Jika ingin menembak, tunggu di tempat berkubang haiwan, jangan tunggu di laluan yang kemungkinan ada orang atau ada haiwan ternak atau kawasan orang pergi jalan-jalan.
8. Jangan memburu di segala kawasan terbuka, biarkan sahaja haiwan tersebut pergi tanpa menakutkannya sekiranya boleh mengundang risiko jika menembak, haiwan itu boleh di buru kemudian.
9. Jangan terlalu ghairah menembak atau memburu sehingga lupa keselamatan dan ketenteraman persekitaran.
10. Kunci ETIKA DAN ADAT Pemburu Momogun Rungus sejak dahulu kala: Setiap tikaman lembing atau tembakan (pemburu masa kini) pemburu Momogun itu haruslah 100% anda pasti bahawa yang anda tembak adalah haiwan apa, dan bukannya agak-agak atau hanya andaian itu adalah haiwan. Pemburu Momogun menikam lembingnya kerana melihat dan kenal pasti haiwan tersebut apa, warna bulu apa, pasti bahawa ia adalah haiwan empat kaki, sama ada itu babi hutan dll. Jika anda tidak pasti itu adalah haiwan apa, anda tidak selamat untuk menikam atau menembak sebab persoalan anda belum terjawab, anda memburu apa.
Selagi anda mengamalkan ETIKA DAN ADAT nenek moyang ini dengan penuh cermat, tiada kebarangkalian adanya kes tertembak orang atau ternakan orang.
Source:
Momogunology Research Center
Chapter: Adat Mogimpori Momogun Rungus
Gambar adalah hiasan
|
||
|
RUNGUS SNIPER
https://youtu.be/Am1RHeO1BKI
Video baru dari saya..maaflah lama sudah tak upload video..Selamat mencuba kawan²..Terima kasih atas sokongan anda selama ini👌😃🙏..
|
||
|
RUNGUS SNIPER
Sedang dimuat naik..Mungkin tengah malam ni atau subuh esok baru selesai muat naik..line tak bagus🙏🙏
|
||
|
RUNGUS SNIPER
ILMU HUTAN
1. Lumut Taik Kera.
Sekiranya kita berjalan diwaktu malam terutama di hutan tebal berdekatan dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tidak kelihatan, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), kalau tersesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung.
Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..tenang dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - ilmu orang asli.
3. Kera / lutong
dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - ilmu askar.
4. Harimau.
kalau masuk dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Setelah hutan sunyi kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..cara terbaik adalah membuat bising kalau ada mercun boleh letupkan - ilmu orang asli.
5. Beruang madu.
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - ilmu orang asli.
6. Kepala air.
Kalau khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- ilmu orang asli
7. Tanda-tanda kepala air.
Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..
8. Masak air.
Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yg tengah2. - ilmu askar.
9. Binatang besar.
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dll buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar - ilmu orang asli.
10.Makanan yang dimasak atau tidak.
Semasa di hutan, sisa makanan mestilah dihanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang. Kebiasaanya binatang yang paling cepat sampai dulu adalah semut. Jangan terkejut kalau seekor semut boleh mengangkat sekeping biskut tawar lemak. - ilmu askar.
11. 5 petang.
Kebiasanya, bila di hutan, selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - pengalaman.
12. Hutan sepi.
Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - ilmu orang asli.
13. Pasang khemah.
Cari pokok yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
14. Paras air.
Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kawasan yg pokoknya besar2.
15. Tentukan laluan / denai.
didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga.
15. Kebersihan kawasan.
Pastikan lantai tapak perkhemahan bersih drpada daun dan pokok2 renek (boleh potong pokok2 kecil). Guna ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit. Boleh taburkan belerang atau karbaid sekeliling tapak perkhemahan.
16. Unggun api.
Setiap khemah yang di pasang sebaiknya menghadap /berhadapan dengan unggun api.
Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Bila ada bahaya atau perimeter diceroboh, boleh guna kayu yg ada api ni sebagai senjata untuk menakutkan binatang.
17. Tali.
pagar dgn tali tangsi disambung dgn loceng, sekiranya parameter diceroboh loceng akan bunyi. Ini dapat membantu kita untuk bersedia sebarang kemungkinan yang berlaku.
Sekian.
|
||
Friends
Channel Comments
|
MohdsaniJakimin
(2 years ago)
Terima kasih bro, kerana bagi pañdangan pada saya,
|
|
khanzakhanza7166
(2 months ago)
Parang nya bagus abangku
|
|
FransiskusindraPranata
(2 years ago)
Mantap abang ku
|
|
gigihgaluhgaluh9938
(5 years ago (edited))
Ilmu nya bermanfaat pak salam satu bobi pak.. Jos kotos kotos
|
|
harianzyahyan5121
(2 years ago)
trimakasih akan sya coba smuga berhasil. dan abang akan mengalir rejekinya
|
|
lasiwe5102
(5 years ago)
Hadir
|
|
matimran234
(2 years ago)
Blh try ni
|
|
DayakKUNO
(2 years ago)
Berhasil ikutan buat bang hehe suara nya juga sama wkwkw
|
|
piyapondokchit2599
(3 years ago)
ตอดหมููป่ามีไหมคับพี่
|
|
HabibNurrois
(1 year ago)
Order bang
|
|
rahmatajisuparlan2992
(1 year ago)
Aku udah bikin kaya gitu tapi kok nga bisa bunyi yh kesalahannya di mana kira 2 yh
|
|
lemanhsbchanell2581
(2 years ago)
Pelastik yang baik dari apa bos biar enak suara nya
|
|
GibranMonggo
(2 years ago)
harus kasi nampak jelas cara tiupan brow
|
|
patdliyansyah2980
(6 years ago)
Mantap
|
|
asrultimothy984
(2 years ago)
Kenapa saya suda buat mcm tu tpi langsung tiada bunyi padahal sa suda teliti ikut cara buat tpi langsung tada bunyi
|
|
alwenmogak5816
(6 years ago)
Terbaik pinsan
|
|
A.B-fishing_87
(6 years ago)
avantang tantu mai pinsan..
|
|
cutbgkelana8382
(5 years ago)
Mantap kwn
|
|
CceTv09
(2 years ago)
Bisa beli poinong yg untuk panggil kijang bang,
|
Add comment















































